Selasa, 25 Disember 2012

Senarai Rumah Warisan

Rumah Warisan JBM111 6A

JBM111 6A Kumpulan 1
Ketua Kumpulan : Nur Isda Iszudin



Pemilik Rumah : Pn. Hjh Nyonya Ujang
Alamat Rumah  : Lot 842-1 Batu 7 1/2 Kampung Paya Rumput, Melaka.
Blog                  : rumahwarisannyonyaujangkampungpayarumput.blogspot.com


Rumah ini adalah rumah turun temurun dari keturanan Hajah Nyonya Ujang yang kira-kira telah berusia 100 tahun. Rumah ini sekarang di duduki oleh sebuah keluarga dari generasi ketujuh daripada keturunan Hajah Nyonya Ujang iaitu Encik Shariff dan Puan Kamisah. Keluasan rumah ini ialah dalam dua ekar.


Tapak rumah ini mula-mula di jumpai oleh moyang tuan rumah yang bernama Chong Ali iaitu generasi pertama. Mengikut cerita oleh tuan rumah dan cerita yang mereka dapati daripada nenek moyang mereka ialah orang dahulu membuat rumah mengikut kemampuan dan bajet kewangan yang mereka ada. Antara seni bina yang unik di rumah ini ialah seni reka tangganya.


Seni bina serambinya yang tidak bertingkap dan kedudukan bilik air serta jambannya yang dibuat di luar rumah. Rumah Melaka biasanya sumber air mereka ialah perigi. Jadi kebiasaannya di dalam bilik air mereka pasti mempunyai perigi ataupun paling tidak kolah. Kerana pada masa dulu mereka tiada mempunya paip ataupun pili air seperti sekarang.


JBM111 6A Kumpulan 2
Ketua Kumpulan : Nur Izzah Amalia Maulana




Pemilik Rumah : Pn. Hjh Hendon Said
Alamat Rumah  : Batu 9 1/2 Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka.
Blog                 : rumahwarisanhendonsaidkampunglondang.blogspot.com

Rumah tradisi Melayu yang indah ini tersergam diatas tapak seluas satu hektar di Londang, Masjid Tanah, Melaka. Rumah yang dipenuhi oleh ukiran halus disetiap sudut rumah ini dipunyai oleh Hajah Endon binti Hj Said yang diwarisinya dari tiga generasi yang lalu. Pembinaan rumah ini telah diusahakan sepenuhnya oleh datuk beliau dengan menggunakan kayu cenai. Pada asalnya rumah ini beratapkan rumbia. Ukiran-ukiran halus yang terdapat disini adalah ukiran tangan yang telah berusia lebih dari seratus tahun.


Keadaan persekitaran rumah ini sangat cantik. Namun ia bukanlah semulajadi. Semenjak bapanya tinggal disini, beliau telah mula berusaha untuk mencantikkann rumah ini dengan menghiasi laman dan beranda rumahnya. Kegiatan ini telah diteruskan oleh Hajah Endon hingga sekarang. Kecantikan dan keunikan rumah sering menjadi liputan akhbar dan seringkali dilawati oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Pada tahun 1993 rumah ini telah di daftarkan di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).



JBM111 6A Kumpulan 3
Ketua Kumpulan : Nur Hidayah Ab Jalil



















Pemilik Rumah : En. Bazid Hj. Harun
Alamat Rumah : No. 103 Jalan Puteri Hang Li Poh, 75100 Bukit Cina, Melaka.
Blog                  : rumahwarisanbazidharunbukitcina.blogspot.com




 
Rumah warisan Encik Bazid bin Haji Haron ini terletak di Lorong Haji Tahir di Jalan Hang Li Poh, Bukit Cina Melaka. Mengikut cerita Encik Bazid, rumah ini merupakan rumah warisan keluarganya yang telah dibina sebelum tahun 1912 iaitu tahun dimana pemilik rumah warisan ini ialah datuk Encik Bazid sendiri. Rumah ini didiami oleh 3 generasi yang bermula dari datuk Encik Bazid, diikuti dengan ayah Encik Bazid dan seterusnya Encik Bazid sendiri.


Keunikan rumah ini adalah ianya dibina menggunakan teknik 'tebuk-pasak' yang membolehkan rumah dibina tanpa mengunakan sebatang paku. Rumah ini juga dibina menggunakan sejenis kayu yang cukup tahan yang membolehkan rumah ini masih teguh berdiri sehingga hari ini.


Rumah Warisan Encik Bazid Haron ini juga merupakan gambaran asal rumah yang dibina pada tahun sebelum 1912 kerana rumah ini hanya menerima perhidmatan baik pulih dari pihak PERZIM dari segi atap dan lantainya dan tidak menerima perkihmatan roboh dan bina semula rumah warisan. Rumah ini menerima pengaruh Cina dari segi pembinaan tingkapnya. Dikatakan hanya rumah cina sahaja yang mempunyai tingkap tinggi dan boleh laras.


 


Rumah Warisan JBM111 6B

JBM111 6B Kumpulan 1
Ketua Kumpulan : Norshafiqah Mohd Nor



Pemilik Rumah : En. Abdul Alim Jamal Mohamed
Alamat Rumah  : No. 127-B Jalan Bukit Cina, Melaka.
Blog                   : rumahwarisanabdulalimkampungbukitcina.blogspot.com    

Rumah ini dibina pada tahun 1922 oleh Allahyahrham Haji Bachee bin Ahmad. Di rumah ini beliau dan isterinya Allahyarhamah Napisah binti Omar membesarkan empat cahaya mata mereka. Arwah Haji Bachee telah menerima anugerah pingat Jaksa Pendamai (JP) semasa pemerintahan British di atas jasa yang telah disumbangkan kepada penduduk setempat.
 
 
Rumah kolonial ini telah diwariskan kepada anak perempuan Allahyarham iaitu Khatijah binti Haji Bachee bersama suaminya O.A Jamal Mohamed. Setelah Khatijah Haji Bachee meninggal dunia, rumah ini diwarisi oleh Encik Abdul Alim bin Jamal Mohamed. Beliau merupakan generasi ketiga yang menghuni rumah ini.



JBM111 6B Kumpulan 2
Ketua Kumpulan : Amirah Hamirudin


Pemilik Rumah : En. Ibrahim Hj Hashim
Alamat Rumah  : Villa Sentosa, 136 Kampung Morten Melaka
Blog                   : rumahwarisanibrahimhashimvillasentosa.blogspot.com






JBM111 6B Kumpulan 3
Ketua Kumpulan : Akmal Syahir Subaid

Pemilik Rumah : En. Hashim Tahar
Alamat Rumah  : Batu 19 1/2, Kampung Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Blog                  : rumahwarisanhashimtaharkgpadangsebang.blogspot.com 



JBM111 6B Kumpulan 4
Ketua Kumpulan : Siti Shahirah Abdul Samad


Pemilik Rumah : Tn. Hj. Adam Hj.Ahmad
Alamat Rumah  : 8493 Batu 2 1/2 Jalan Kampung Semabok, Semabok,  Melaka.
Blog                  : rumahwarisanadamahmadkgsemabok.blogspot.com 

Rumah Warisan Hj Adam Ahmad ini terletak di Kampung Semabok, Melaka. Rumah tradisional yang masih mengekalkan unsur warisan tradisional sepenuhnya ini diwasiatkan dari satu generasi ke generasi. Menurut pemilik rumah iaitu Tn Hj Adam Ahmad, rumah ini diwariskan kepada beliau setelah ibunya meninggal dunia.

Menurut anggaran beliau, rumah ini telah berusia lebih daripada 30 tahun dan telah mendapat pengiktirafan dari Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai salah satu Rumah Warisan Melaka. Terdapat pelbagai ukiran dapat dilihat dirumah tradisional ini disamping pelbagai barang antik boleh dilihat dirumah ini.


Rumah Warisan JBM 111 6C

JBM111 6C Kumpulan 1
Ketua Kumpulan : Ain Sofea Sardan



Pemilik Rumah : Pn. Hjh Noriah Alimat
Alamat Rumah : Tanjung Rimau, Alor Gajah, Melaka.
Blog                : rumahwarisannoriahalimattanjungrimau.blogspot.com

Rumah yang terletak di Tanjung Rimau ini adalah milik Pn Hjh Noriah binti Alimat. Rumah ini beralamat di Batu 21/1 Bukit Merchat, Kampung Tanjong Rimau, 78000 Alor Gajah, Melaka mempunyai keluasan 1 ekar telah dibina oleh En. Abdul Ghani bin Ludin merupakan seorang penghulu di Kampung Tanjong Rimau. Pn. Hjh Noriah merupakan generasi ketiga yang mewarisi rumah warisan ini.

Rumah ini telah berusia lebih kurang 90 tahun amat terkenal dengan keunikan tangganya yang diperbuat dari batu marmar dibina sejak tahun 1932 masih utuh dan cantik tanpa sebarang kerosakan, selain itu pembinaan rumah ini menggunakan kayu jenak, kayu jati dan kayu seraya batu tanpa mengunakan paku.



JBM111 6C Kumpulan 2
Ketua Kumpulan : Muhammad Syahmi Hussin





Pemilik Rumah : Pn. Rabiah Hamid
Alamat Rumah : No. 4027C, Bukit Palah , Melaka.
Blog                : rumahwarisanrabiahhamidbukitpalah.blogspot.com


Pemilik asal rumah warisan Melaka ini merupakan Puan Rabiah Hamid yang beralamat di No 4027C, Bukit Palah, Melaka bandaraya bersejarah. Beliau merupakan generasi ketiga yang tinggal dirumah ini. Bahagian lama yang masih dikekalkan adalah dibahagian depan sehinggalah ke rantau. Atap asal rumah ini dahulunya adalah nipah namun telah ditukar atas sebab sebab masalah yang tertentu. Rumah ini juga mempunyai ukiran bunga bungaan, kumbang kumbang serta daun daun. Rumah ini berukuran 1300 kaki persegi mengikut kos kasar bangunan.


Lokasinya yang menarik ditepi jalanraya lebuhraya dan berhampiran dengan bandar sejauh 1.5km menjadikan rumah ini sebagai rumah warisan Melaka yang wajar untuk dikunjungi. Rumah warisan ini sering mendapat perhatian ramai sehinggakan ada yang menjalankan penggambaran rancangan televisyen bercorak majalah serta penggambaran filem filem dan video klip.


Asal usul rumah ini diberikan sebagai 'Rumah Warisan' adalah bermula dari pertandingan kebersihan pada 10 tahun yang lalu. Memandangkan rumah ini kerapkali menjadi johan pertandingan lalu Ketua Menteri Melaka, iaitu Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam menawarkan untuk rumah ini menjadi Rumah Warisan Melaka.




JBM111 6C Kumpulan 3
Ketua Kumpulan : Nur Azlin Abdul Hamid





Pemilik Rumah : En. Nordin Ali
Alamat Rumah : No. 6068 Lot 649, Padang Temu, Melaka.
Blog                : rumahwarisannordinalipadangtemumelaka.blogspot.com 


Rumahku Muziumku ini dimiliki oleh Hj Nordin Bin Hj Ali terletak di 6086, Lot 649, Padang Temu, 75050 Melaka, Malaysia. Rumah ini telah dibina sekitar tahun 1982. Rumah ini mempunyai keluasan 90 x 60. Dan ianya berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Padang Temu Melaka.
 
 
Rumahku Muziumku telah diiktirafkan menjadi sebuah rumah tradisional Melaka pada 25 Febuari 2002 oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd. Rustam.Walaupun rekabentuk rumah ini tidak seperti rumah-rumah tradisional Melaka yang lain, tetapi ia terdapat sulaman lanskap yang tersusun dan penjagaan yang rapi dapat menarik minat pengunjung.
 
 
Rumahku Muziumku adalah merupakan hasil daripada minat yang mendalam Hj Nordin untuk mengumpul artifak-artifak warisan sejarah yang bernilai. Dengan hasil menyimpan barang-barang artifak ini, Rumahku Muziumku telah diiktirafkan sebagai Mini Muzium oleh Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka pada tahun 1994.






JBM111 6C Kumpulan 4
Ketua Kumpulan : Nur Sakienah Abdul Hamid






Pemilik Rumah : Pn. Rohana Mohd Amin
Alamat Rumah  : KM18, Kampung Serkam Tengah, Merlimau, Melaka.
Blog                 : rumahwarisanrohanakampungserkamtengah.blogspot.com


Pada asalnya, ketika Puan Rohana mendapat rumah ini yang tinggal hanyalah tangga dan tandas sahaja. Tangga tersebut kini dianggarkan berusia dalam lingkungan 150 tahun.


Kawasan rumah itu dipenuhi dengan pasir putih seperti pasir pantai. Pada masa itu pasir disekeliling rumah tersebut masih putih, tetapi dek dimakan masa dan pembangunan pasir tersebut telah bertukar kehitaman sedikit. Namun tekstur pasir tersebut masih lagi sangat halus hingga kini.


Rumah warisan ini juga sangat popular dikalangan para artis. Telah banyak pengambaran dijalankan di rumah tersebut, antaranya Soal Hati lakonan Erra Fazira.

12 ulasan:

  1. Live Casino 338A is an abbreviation of Sports Bookie Online Bet which provides online betting services in the field of sports. Not only Sports, Sbobet also has a Casino game or commonly known as Sbobet 338a or 338a.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. The game isn't only educational, but in addition it sharpens children's coordination and dexterity abilities. Nevertheless, more information online games supply the best approach to play dress-up games.

    BalasPadam
  4. There are various methods used to develop online sportsbooks and assorted means or strategies used to allow them achieve success. Check out this site to know more about bookie service reviews.

    BalasPadam
  5. PartaiQQ adalah situs Judi Poker Online Indonesia Terbaik
    Promo situs PartaiQQ : Bonus Cashback 0.3% Setiap Senin -Bonus Referal 20% Seumur Hidup Minimal Deposit dan Withdraw Rp. 15.000,-

    https://x5.re/link.php?link=http://partaiqq.link

    BalasPadam
  6. Their product is called the 'Point System'. The system works by paying out each point you earn during each game based on the amount of points you have earned during your previous games. Want to know more about draftkings deposit bonus code? find out here.

    BalasPadam
  7. ketika bermain dalam link https://partaiqq.mobi dipastikan anda harus bermain dalam server pkv games dimana ini akan menjadi awal yang luar biasa ketika bermain.

    BalasPadam
  8. NAGAQQ: AGEN BANDARQ BANDARQ ONLINE ADUQ ONLINE DOMINOQQ TERBAIK

    Nagaqq Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000
    * Deposit via Pulsa TELKOMSEL
    * 6 JENIS BANK ( BCA , BNI, BRI , MANDIRI , CIMB , DANAMON )

    Memegang Gelar atau title sebagai AGEN POKER ONLINE Terbaik di masanya

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker
    * Bandar66
    * Sakong
    * Capsa Susun
    * AduQ
    * Perang Bacarrat
    * Perang Dadu (New Game)


    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : NAGAQQ
    Facebook : NagaQQ official
    WHATSAPP : +855977509035
    Line : Cs_nagaQQ
    TELEGRAM :+855967014811

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
    Daftar NagaQQ
    Agen BandarQ

    BalasPadam
  9. izinkan saya berbagi beberapa hal bagus dengan Anda di blog indah Anda. saya dapat membeli properti dengan bantuan dari mr pedro dan tim perusahaan pinjamannya dengan cepat merespons dan karena ini adalah pertama kalinya saya mendapatkan pinjaman untuk membeli properti, dia dapat membantu saya menjalani proses pinjaman. itu adalah pengalaman hebat bekerja dengan pemberi pinjaman pinjaman yang baik dan baik hati. saya harap Anda tahu betul jika Anda mencari pinjaman untuk membeli properti atau mendanai tujuan bisnis maka pesan ini untuk Anda akan dapat membantu Anda dengan proses seperti itu di sini alamat email detailnya: pedroloanss@gmail.com & whatsapp teks: +18632310632

    BalasPadam